Kejayaan Milik Semua Orang

Setiap hari kita sentiasa melihat lahirnya manusia-manusia baru yang bergelar usahawan atau usahanita berjaya di merata-rata tempat. Mereka ini insane yang sama seperti kita,tiada bezanya. Kejayaan mereka ini yang selalu bermain di kepala kita. Apakah kita punya peluang yang sama untuk berjaya seperti mereka?

Apakah kita juag dilahirkan untuk berjaya?adakah kita juga akan berjaya seperti mereka sekiranya kita berberbuat seperti apa yang mereka ceritakan? Jawapannya adalah YA. Kita punya peluang yang sama untuk berjaya kerana setiap bayi yang lahir asalnya aadalah orang-orang yang berjaya.

Yang membezakan kita di kemudian hari adalah jalan yang kita pilih,bukannya sumpahan yang akan terus memakan diri kita daripada mengecapi kejayaan. Jadi, kita hari ini pasti boleh berjaya. Untuk menjadi seorang yang mahir di dalam sukan, kita perlulah belajar daripada seorang jurulatih sukan yang hebat.

Untuk menjadi hebat, kita perlu mencari atau merebut peluang yang hebat. Berguru atau berkawan dengan penagih dadah akan menjerumuskan kita ke lembah yang hina itu lambat laun.untuk berjaya, kita hanya perlu mencari peluang untuk menjadi hebat kerana di situ ada orang-orang yang hebat untuk mengajar kita menjadi hebat seperti mereka.

Orang-orang yang hebat ini sanggup mengajar kita untuk menjadi hebat malah untuk menjadi lebih hebat daripada mereka kerana dengan mengajar kita menjadi hebat,barulah mereka diiktiraf sebagai orang yang hebat dan ini akan menyerlahkan lagi kehebatan mereka sehingga mereka masyhur.
Kalau kita fikir-fikirkan, apa yang sebenarnya menghalang kita daripada kejayaan sedangkan kita sanggup berbuata apa sahaja untuk membuat dosa atau maksiat, inikan pula sesuatu yang baik bahkan akan mendatangkan keuntungan kepada masa depan kita? Mulakan sekarang dengan berkawan-kawan dengan orang yang yang berjaya walaupun di dalam bidang yang lain.

Setiap hari minda kita akan dicanai tentang kejayaan dan mencipta kejayaan sehinggakan barulah kita sedar bahawa berjaya itu suatu yang pasti untuk semua orang. Sentiasalah percaya bahawa orang yang berjaya adalah orang yang mencuba sedaya-upaya tanpa jemu dan bukanlah orang yang mempunyai tuah.

Perkataan tuah hanyalah dicipta pujangga untuk memujuk hati yang sedih akibat malas mencuba lagi untuk berjaya ataupun untuk tidak berkongsi apakah teknik yang digunakan untuk berjaya. Sebenarnya tuah dicipta oleh diri kita sendiri. Bagaimana ia berlaku?

Yang pertama adalah kehendak diri sendiri yang kuat untuk berjaya, yang kedua adalah kehendak diri sendiri yang kuat untuk mencari peluang dan mentor yang hebat supaya boleh berjaya. Yang ketiga adalah kehendak untuk melakukan sebarang tidakan untuk berjaya.

Nah, di sini sebenarnya yang paling penting adalah KEHENDAK. Jadi, apa tunggu lagi?

Share This