About Us

Asia's Best Fragrances - All About Hot!
Hot Perfumes Ahmad Shahrul
Hot Perfumes - Ahmad Shahrul

HOT PERFUMES AHMAD SHAHRUL

Hot Perfumes Ahmad Shahrul – Bermula pada tahun 2005, dengan berbekalkan ilmu keusahawanan islamik, semangat untuk berjaya serta minat di dalam seni haruman, Ahmad Shahrul Radzuan mula mengorak langkah pertama memulakan perniagaan produk haruman antarabangsa dari ruang tamu sahaja sekali gus merupakan pengasas kepada konsep perniagaan “Home Boutique” di Malaysia.

Dengan ilmu keusahawanan Islamik serta keinginan untuk berkongsi kejayaan dengan semua orang, Alhamdulillah, hari ini empayar perniagaan yang dimulakan sudah pun berkembang ke luar negara dan kini melatih dan melahirkan usahawan dan usahanita yang mahu berjaya di dalam perniagaan semuda umur 19 tahun.

Berpegangkan ungkapan pembakar semangat daripada jurulatih ragbi saya iaitu “A Champion is Trained”, saya percaya bahawa kejayaan adalah milik semua orang dan semua orang boleh berjaya. Terima kasih kepada semua yang telah memberi semangat kepada saya untuk berjaya kerana hari ini kehidupan saya telah berubah 360 darjah berbanding hari-hari yang lalu.

Sebenarnya usaha yang berbekalkan S.T.A.R (Strategy, Thinking positive, Action, Reflection) pasti membuahkan hasil yang kita kehendaki. Apa yang kita inginkan adalah kebebasan dan inilah kejayaan yang paling kita inginkan sebenarnya.

Marilah kita bersama-sama memajukan diri kita untuk masa depan dan keluarga kita. Kita boleh berjaya seperti orang lain malah lebih dari mereka jadi kenapa perlu sabotaj diri sendiri dengan pelbagai cara?

Di sini, kejayaan di dalam perniagaan hebat dicipta. Semoga kita terus maju!

.

Hot Perfumes Ahmad Shahrul

Bantuan Perniagaan

Sentiasa memberi bantuan pernigaan dan juga pemasaran yang eksklusif kepada rakan niaga kami

Idea Terkini

Kerjasama padu setiap rakan niaga serta perancangan yang rapi mampu mencipta idea-idea yang mantap.

Teknologi Terkini

Mengikuti setiap perkembangan teknologi terkini dapat membantu dalam strategi pemasaran dan jualan.

Komunikasi Dua Hala

Pasukan kami menggalakkan komunikasi dua hala bagi menceria kami antara satu sama lain. Lebih jelas dan Telus.

Don't Be Shy. Get In Touch.

If you are interested in working together, send me an inquiry and I will get back to you as soon as I can!

Contact Me
Share This